Saturday, October 9, 2010

Semasa di universiti dahulu, rakan- rakan selalu mengajak bermain fulsal. Kekadang menolak dan kekadang menerima. Tapi yang lebih banyak menolak. Semasa bermain bola, posisi selalu di bahagian benteng dan agak jarang di bahagian penyerang. Tahu tak kenapa? Sebabnya, kalau di bahagian penyerang kawan- kawan langsung tak pasingkan bola. Kalau dipasingpun, rosak segala serangan terhadap musuh.

Berada di bahagian benteng sebenarnya, bukan hendak mempertahankan kawasan tetapi untuk menunggu bola datang. Tak payah terhege- hege mengejar bola. Bagi saya, apa yang penting dalam bermain bola bukanlah untuk menang sebaliknya sekerap mana kita mendapat bola.

Apabila bola berada dalam genggaman kaki, cepat- cepat memasingkan bola kepada kawan dan agak kurang menggelecek bola berkenaan. Apa- apapun kurang menggelecek bola tidak semestinya tidak tahu bermain bola. Sekiranya menggelecek bola pun kurang, apata lagi menimbang bola. Tak sampai pun timbangan kali ke3, bola dah pun terbang entah kemana.

Walau bagaimanapun, berkerja di Pusat Sains Negara, terdapat sebuah bola keranjang yang digunakan sebagai bahan demonstrasi sains. Semasa demonstrasi, sebuah bola tenis diletakkan di atas bola keranjang ini lalu dilepaskan secara serentak pada ketinggian lebih kurang 1 meter. Hasilnya, bola tenis melantun jauh kerana bola keranjang telah memberikan tenaganya kepada bola tenis.

Boleh dikatakan setiap hari saya bermain dengan bola keranjang ini. Kira- kira 5 minit secara purata setiap hari saya menimbang bola. Dan apa yang saya perolehi kini ada ditunjukkan dalam video di bawah.





Kesimpulan daripada kisah ini adalah setiap orang mampu melakukan perkara yang orang lain boleh buat walaupun dirinya menganggap dia tidak dapat melakukannya. Akan tetapi, ia haruslah diiringi dengan usaha.

Akhir kata, bagi sesiapa yang hendak membeli pemain bola sepak luar negara, saya nasihati batalkan sahaja niat anda itu kerana banyak lagi pemain tempatan yang berkebolehan tetapi tidak tertonjol dan dipandang rendah. Saya dah tahu menimbang bola sikit- sikit. Kalau menimbang bola dah baik, mestilah menggelecek bola pun boleh lah juga. Saya bukannya muka tembok tapi tolonglah pertimbangkan. Harga boleh dirunding.
Posted by abdmalayan on 6:41 AM  2 comments »

2 comments:

  1. kata 5 minit timbang bola,tp xsampai 30 saat bola dah jatuh, kenapa? saya nak beli awak main untuk kelab saya boleh? kelab PSN,hehehe...jangan mare...

    ReplyDelete

Followers

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search