Thursday, October 7, 2010

Di Pusat Sains Negara, terdapat satu kerusi yang sangat istimewa. Istimewanya kerusi adalah kerana kusyennya adalah mempunyai dua pilihan dimana salah satunya terpacak sebatang paku tajam manakala salah satu yang lain terpacak 1000 batang paku.

Walau bagaimanapun, untuk menunjukkan kusyen mana yang selamat untuk diduduki, saya akan menggunakan belon sebagai peganti. Sekiranya belon berkenaan pecah bermakna kusyen tersebut tidak selamat untuk diduduki.

Sepanjang saya menjalankan demonstrasi kepada pengunjung Pusat Sains Negara, agak jarang berlaku belon pecah di atas kusyen yang mempunyai seribu batang paku ini. Akan tetapi, sewaktu saya menjalankan rakaman video berkaitan demonstrasi ini untuk dimuatkan ke dalam blog lain saya yang menbincangkan hal berkaitan sains, satu peristiwa menghayat hati telah berlaku. Dua kali berturut- turut belon yang saya letakkan di atas kusyen seribu paku ini pecah. Peristiwa ini agak memelikkan saya. Sebalik belon pecah saya tergamam seketika akibat tidak dapat menerima kenyataan ini. Walau bagaimanapun, selepas saya meneliti dengan teliti video rakaman ini, saya telah pun mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku. Oleh itu, sila tontoni video rakaman di bawah dengan teliti. Tolong jangan sesekali mengelipkan mata anda.






Namanya Mustakim. Walaupun peristiwa ini yang agak menghayat hatiku, ia sebenarnya merupakan satu kenangan manis. Tetapi petistiwa yang melucuhkan, dia metertawakan saya selepas melihat keadaan tergamam saya sebaik sahaja belon pecah. Sebagai tambahan untuk kisah ini adalah, jari saya sebenarnya turut terkena paku.

Jadi, apa- apapun lawatilah laman blog sahabat saya itu di misisitukangtulis.blogspot.com dan untuk menonton video sempurna kusyen istimewa di atas, kunjungilah laman blog sains saya di ddivisionpsn.blogspot.com. Foto cermin mata di bawah ini menunjukkan yang sahabat saya ini seorang yang........ (lu pikirlah sendiri)



Kami berdua merupakan demonstrasi sains. Kekadang saya yang melakukan demonstrasi ini dan kekadang dia. Jadi, video di bawah menunjukkan bagaimana saya menolongnya melakukan demonstrasi sains cecair nitrogen.

Justify Full

Akhir sekali, sahabat saya Mustakim akan meninggalkan PSN dan selamat tinggal diucapkan.

Posted by abdmalayan on 11:10 PM  No comments »

0 comments:

Post a Comment

Followers

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search